Tuesday, January 06, 2015

dua ribu lima belas


3 tahun berlalu seperti sejenis alunan desiran ombak yang belum ada takrif saintifiknya. pastinya ia tidak berlaku tanpa tamparan, pukulan,lambungan... ada masa aku biarkan semuanya hanyut...ada masanya aku menongkah arus...berenang ke arah samudera...adakalanya ditawan cahaya bulan... dirawan suara duyung... bila optimis aku berenang... bila murung aku hanyut...yang pastinya ..pertama...aku tetap bergerak...ke sana ke mari.... kedua..geografi...l ...seperti petala-petala yang lain ...tetap statik..persoalan yang kian timbul...di manakah aku? ( contra kepada ' awak kat mane?' yang merupakan lagu berteraskan eksistenliasme yang mencari diri... we will leave this to another discussion at greate lenghts)


apa khabar semua . tahun 2015 muncul kini dengan azam...dan juga azam-azam yang tak sempat dihadam masa lepas...3 tahun setelah kemaskini yang terakhir....budak2 pun dah besar...cukup besar untuk membuat penakulan konsep asas dalam hidup...anak aku yang seorang tu dah pandai tengok tv... ya tengok tv...pada pendapat umum sesuatu yang tidak baik ,tak digalakkan... apa?  merawan kondisi ADHD?

maaf ya.. pada aku ..anak 2 yang menonton tv akan lebih faham tentang hidup ini. semiotik nya amat mendalam..dan bukan tertakluk kepada rancangan di television itu sahaja.... biar aku tanya ...apakah elemen yang paling penting di television...? rancangan? pemilihan? etc BUKAN

television adalah pengalaman pertama sang anak memahami sequence...alur cerita...dan yang paling dasyhat kesementaraan hidup atas landasa keterpesonaan. (you feel me Oni?)

itu dia.. tapi ada lagi satu yang dapat merubah jagat,

alat kawalan jauh.  or the remote control. semiotik disebalik pengalaman remote control itu adalah sang anak jadi master of his options.  ajari dia menukar saluran....saluran yang menakutkan...yang menggembirakan... kerana sekali lagi kesementaraan hidup itu bukanlah tertakluk kepada apa yang disajikan...ia boleh diKAWAL.... apabila boleh dikawal...sang anak perlu berani menawan minda-minda yang tertawan diluar sana....dengan sahsiah moral yang tinggi ,anak tersebut perlu mengalami erti sebenar nilai-nilai leadership....dan pastinya mengetahui bahawa hidup di luar sana..seperti yang dipamerkan dalam tv...adalah lokusi yang samar...taksa (ambiguous) dan perlu ditangani...bukan dilayan seperti sebuah rancangan...for example...you dont ask someone to speak up.... YOU MAKE THEM SPEAK UP by adding or subtracting to the  standard volume...or you lower their voices.... then your raise yours..then you develop control skills...then you control their ideas....subjugate to yours...okay...superflous... rencamkata... harus berhenti..



just to update:
 sejak lewat 2012 aku sudah berhenti bekerja sebagai ahli perkuburan (bukan ahli kubur). suatu career yang berprestij (bagi aku)...selalu mengingatkan aku tentang nilai ketaqwaan...tapi aku rasa setakat di situ sahaja kerana hati ini sudah sedia menerima pengalaman baharu....menjejaki career yang tidak kurang hebatnya...yang pastinya bukanlah sesuatu tugas yang convensyenal..

btw Oni ...maaf ...i kurang menonton television...sejak peti televisyen menipis..i tak dapat bayang kan bahawa terdapat dunia yang bereksistensi disebalik tv lcd yang secara buatan agak tipis... lagi-lagi yang samsung...thats the thing about liquid crystal displays ..they dont exactly potray pixels...like crt televisions...simbolisme disebalik paparan figuratif seseorang di kaca televisyen amat berbeza dengan hakikat kemunculan di tv lcd. mungkin untuk perbincangan di masa masa mendatang tapi rumusannya ialah apabila seseorang muncul di KACA TELEVISYEN(BUKAN LCD), mereka sebenarnya adalah manifestasi cahaya...fikirkanlah...berjuta-juta piksel untuk menghasilkan figura....yang tampak sosok manusia dikaca adalah bintik2 cahaya...jika kita dapat meletakkan simbolisme tersebut atas kewujudan kita pada hari ini...mungkin kita dapat memahami bahawa dalam pembentukan fizikal manusia ...secara fizik benar..tapi apabila kita ketepikan fizikaliti itu..makanya.....memang kita wujud secara visual...namun mata akan memberitahu kita ..apabila tiada cahaya...apabila kegelapan menyelebungi  semesta alam...maka tak satu pun wujud sebagai satu visual...


tatapi kedua telapak tangan mu wahai minda tertawan.tanyalah kepada mu asal-usul kewujudan mu...tatapi langit.. tanyalah Tuhan mu berkenaan eksistentialisme mu....... pastinya Tuhan akan menjawap.


salam kiasan kelam


Friday, November 09, 2012

empat tahun,berkembali

 setiap kali sesuatu itu hilang daripada pandangan... biarpun pudar dari sphera kewujudan maupun lesapan seketika, kita sering tertanya ke mana pergi sesuatu itu.seakan keberadaan itu bukanlah taksiran wujudan, dan kehilangan itu adalah bait pertama sejarah keadaan sesuatu atau seseorang.

apa khabar semua? masih ada yang jenguk lingkaran maya ini.

entah mengapa tergerak hati nak menghembus nafas kembali ke blog rahsia ini.ternyata 4 tahun telah meninggalkan aku begitu sahaja.tapi lebih memeranjat dan ini harus dikaitkan dengan hashtag #fakta ...
"JANGAN PANDANG RENDAH KEPADA SI PENCANGKUL TANAH"

word to your mother.like seriously babe. lagi lagi yang seorang tu ,yang ingat masa depan pengaktivis tanah perkuburan adalah sesuatu yang malap dan tiada masa depan.BETUL, kubur melayu gelap.TAPI  sikap mandiri yang aku ada ini telah membawa pencerahan kepada masa depan dan konsep pemikiran yang aku ada. Keluasan dataran bumi membuat aku bersyukur aku bukanlah ahli yang berkerja dalam pejabat yang sempit ,sehari temanggung masgyhul di kerusi beroda.

"men are not made to be working in cages"

by the way
setahun selepas posting terakhir blog ini, aku telah bernikah dan mendirikan rumah tangga.mahligai manis bagi aku dan isteri ku dan begitu manis lagi apabila diberi zuriat ,cahaya mata.

aku percaya kau tahu mana halatuju perbualan aku buat masa ini.

keluarga.

keluarga membezakan segalanya. mungkin ada takrifan berbeza berkenaan keluarga. namun minda aku ini tidak mahu dipengaruhi oleh andaian orang lain tentang apa itu keluarga. secara zahir memanglah keluarga itu ada susunan kecil masyarakat, mempunyai hiraki anggota. namun apakah itu takrifan sebenar keluarga.

pernakah kau tertanya tentang nilai kekeluargaan yang dilihat pada tahap metafizik,di luar lingkaran 'tinggal di bawah satu bumbung'. pernakah kau menjangkakan bahawa model keluarga itu dapat berfungsi luar daripada konsep pasukan , atau pun kumpulan warga yang ada pertalian.

aku mahu lihat keluarga dari isme kekeluargaan...

tapi aku keliru akan sudut manakah yang patut aku letakkan skema pemikiran,supaya dapat aku menganalisa lebih dalam ruh kekeluargaanah bila aku cakap  pasal ruh. jgn lah kau fikir para arwah yang meninggal dalam keluarga aku.bukan itu.

aku ingin melihat keluarga ... nafas kekeluargaan ...intisari kerohanian yang mungkin wujud dalam kekeluargaan .

mengapa?

kini aku sangat berjauhan dengan keluarga. pada awalnya ,bila aku berkahwin aku diceraikan daripada proximity, atau keakraban fizikal keluarga.bagai contoh: hari ini genap setengah bulan aku tidak melihat ibu bapa aku.

tapi aku menikmati keakraban simbolis... di mana aku dapat mendekatkan diri aku kepada simbol simbol imaginasi ibu bapa aku .. dan dari sana terlahir sedikit sebanyak keakraban

nah..begitu juga dengan keluarga aku..isteri dan anak -anak.apabila aku bercadang untuk ke luar negeri atas tujuan rahsia.....tapi berbalik kepada pangkal cerita/....//, maka yang tinggal pada makna keluarga itu ada simbol-simbol imaginasi... imagery yang hadir dalam fikiran aku.

ibarat seorang dilahirkan tanpa daya penghlihatan dan di letakkan di sebuah penjuru yang jauh...dia masih boleh beroperasi dengan bayangan maksud yang pernah dialami olehnya secara zahir.

natijahnya,masa-masa bersama keluarga itu ada suatu latihan penaksiran simbol.

tak kiralah siapa ahli nya.. yang penting simbol-simbol itu perlu ditangkap ,dimuatkan kedalam minda secara ansuran

aku percaya bahawa setiap kenangan itu ada tarikh luputnya.dan kerana ia sesuatu yang relatif kepada huraian emosi yang kita alami,ia pasti akan berubah.maka jika bayangan/simbol itu tidak kerap dikemaskini maka hilanglah kaitannya di mamah masa.

aku harus mendekati keluargaku dalam masa terdekat

aku rasa kau pun begitu ,oni. aku  percaya ia sudah termaktub ,sama ada kau rela atau tidak.

Tuesday, October 14, 2008

Sibuk raya ? Dah mandi ke?

Hari ni amat bersejarah dalam kerjaya aku.

For the first time,tukang mandi mayat tak hadir. Masa dah suntuk dan memang orang melayu hanya tau sabar jika kesabaran itu mendatangkan keuntungan padanya. Kalau kerugian?

Harimau dengan belangnya,manusia dengan budinya, melayu dengan sindirannya.

So aku terpaksa supervise.

Jenazah wanita. Aku rather not elaborate. Tapi theres always a first time ...hari ni aku supervise segerombolan wanita havoc via cordless phone. Teknologi memang mendewasakan kita.

Dalam aktiviti mandi beramai-ramai ,aku terdengar ketawa dan kata-kata yang tak patut aku terdengar. Ada yang sedih menangis.

"Part yang ada tattoo bawah lengan...sabunkan ahhh" .....

Lepas tu hujan panas turun berderai-derai bila aku mula takbir untuk solat si mayat.Yang solat pun dua tiga jer... yang lain tu mungkin ada issue dengan maha esa.Aku ingkatkan hantu sadako tu ajer yang ada grudge.

lepas tu...Petir sabung-menyabung....macam opening citer pontianak...lepas tu dah siap kafan..solat... Bila bebudak usung keranda keranda dalam van... tak habis semua menyumpah kena 'hujan panas' tak henti... ...petanda buruk lah apa lah...eh biarlah hujan panas ...dah kehendaknya...jgn kau nak merungut...nanti hujan air batu baru kau tahu azabnya,. ..... haiz..setakat di sini sahaja.

dah lepas tu ....haizzzz. pantun Sah La Kau tapi respect ...


aku dah hilang kepercayaan dengan perkara-perkara yang bermusim.

TalqinPoint

Minggu ini tak banyak jenazah.

Namun,aku kian sedar akan kehadiran lebih ramai pelawak di tanah perkuburan.

Minggu lepas ajer ,dah beberapa ekor terpaksa aku displinkan.Bak pepatah orang-orang yang bermarwah....marwah kita ,kita bawak ke kubur.

Tapi kalau kita betul miskin marwah.... balik bogel sekujur putih sajer lah.

Ini bukan nak tindas perilaku sesiapa.Tapi aku rasa kalau kita berada di tempat di mana tanah bertemu tanah.... adat bertemu adab,di tempat di mana kita sebesar mana darajat mana pun terpaksa akur kedaifan ,...di tempat yang mana kita cepat mengaku kita ini manusia bertuhan ...tempat di mana kita sedar langit tinggi rendah ATAU sekurangnya...di mana kita tau satu hari kita akan berbalik berpulang,bermandi, berkembali, berkiblat,bernisan,berdapur,berkafan... jadi natijahnya ada baiknya pihak yang terkurang elok budinya itu ...ataupun yang setakat bersubahat melihat...harap menegur nasihat sesama teman supaya jgn banyak ketawa bila aku yang gagap ni baca talqin.

its not easy to read the talqin. dah pulak tu aku terpaksa baca laju. memang hadrat benaalah yang berskrip seperti khutbah, doa selamat dan segalanya ... memang budaya kita ni baca cepat...supaya cepat datang,cepatlah kita balik... mungkin cepat lah syurga neraka si jenazah tadi.

haiz... dah lah kena baca laju... baca gagap.tapi mesti ke korang ketawa.

aku rasa kita patut pelihara dan bela marwah jenazah, bela sungkawanya dan marwah keluarga enazahnya.ini bukan setakat bangkai tidak bernyawa. ini saudara kita.Aku pon saudara kau. jadi kalau aku beringatkan engkau..jgn lah kau anggap aku ni nak sekolahkan kau depan khalayak ramai.Aku ni tak berniat nak buat sedemikian.

Friday, October 10, 2008

sesuai

dear oni,



aku meniti penjuru lembah

lembah kelam kiasan malam

Thursday, October 09, 2008

Kembali

Dear Oni,

Sembah kelam kiasan malam.


Anyways, you apa khabar?

I nampak you kat TV hari itu. Ingatkan takkan lagi i lihat wajah kesyahduan yang sangat i sayang.


Tapi siapa menyangka...yang tinggal kini ialah kelam kiasan . ..semata

Apa nak buat?

You dalam tv. i di luar tv. itu sahaja.

Kita berdua benar-benar dalam penjara yang amat berbeza.

Namun kita banyak persamaan.

Cuba Oni fikirkan?Ataupun Oni lebih suka membisu?