Tuesday, October 14, 2008

Sibuk raya ? Dah mandi ke?

Hari ni amat bersejarah dalam kerjaya aku.

For the first time,tukang mandi mayat tak hadir. Masa dah suntuk dan memang orang melayu hanya tau sabar jika kesabaran itu mendatangkan keuntungan padanya. Kalau kerugian?

Harimau dengan belangnya,manusia dengan budinya, melayu dengan sindirannya.

So aku terpaksa supervise.

Jenazah wanita. Aku rather not elaborate. Tapi theres always a first time ...hari ni aku supervise segerombolan wanita havoc via cordless phone. Teknologi memang mendewasakan kita.

Dalam aktiviti mandi beramai-ramai ,aku terdengar ketawa dan kata-kata yang tak patut aku terdengar. Ada yang sedih menangis.

"Part yang ada tattoo bawah lengan...sabunkan ahhh" .....

Lepas tu hujan panas turun berderai-derai bila aku mula takbir untuk solat si mayat.Yang solat pun dua tiga jer... yang lain tu mungkin ada issue dengan maha esa.Aku ingkatkan hantu sadako tu ajer yang ada grudge.

lepas tu...Petir sabung-menyabung....macam opening citer pontianak...lepas tu dah siap kafan..solat... Bila bebudak usung keranda keranda dalam van... tak habis semua menyumpah kena 'hujan panas' tak henti... ...petanda buruk lah apa lah...eh biarlah hujan panas ...dah kehendaknya...jgn kau nak merungut...nanti hujan air batu baru kau tahu azabnya,. ..... haiz..setakat di sini sahaja.

dah lepas tu ....haizzzz. pantun Sah La Kau tapi respect ...


aku dah hilang kepercayaan dengan perkara-perkara yang bermusim.

TalqinPoint

Minggu ini tak banyak jenazah.

Namun,aku kian sedar akan kehadiran lebih ramai pelawak di tanah perkuburan.

Minggu lepas ajer ,dah beberapa ekor terpaksa aku displinkan.Bak pepatah orang-orang yang bermarwah....marwah kita ,kita bawak ke kubur.

Tapi kalau kita betul miskin marwah.... balik bogel sekujur putih sajer lah.

Ini bukan nak tindas perilaku sesiapa.Tapi aku rasa kalau kita berada di tempat di mana tanah bertemu tanah.... adat bertemu adab,di tempat di mana kita sebesar mana darajat mana pun terpaksa akur kedaifan ,...di tempat yang mana kita cepat mengaku kita ini manusia bertuhan ...tempat di mana kita sedar langit tinggi rendah ATAU sekurangnya...di mana kita tau satu hari kita akan berbalik berpulang,bermandi, berkembali, berkiblat,bernisan,berdapur,berkafan... jadi natijahnya ada baiknya pihak yang terkurang elok budinya itu ...ataupun yang setakat bersubahat melihat...harap menegur nasihat sesama teman supaya jgn banyak ketawa bila aku yang gagap ni baca talqin.

its not easy to read the talqin. dah pulak tu aku terpaksa baca laju. memang hadrat benaalah yang berskrip seperti khutbah, doa selamat dan segalanya ... memang budaya kita ni baca cepat...supaya cepat datang,cepatlah kita balik... mungkin cepat lah syurga neraka si jenazah tadi.

haiz... dah lah kena baca laju... baca gagap.tapi mesti ke korang ketawa.

aku rasa kita patut pelihara dan bela marwah jenazah, bela sungkawanya dan marwah keluarga enazahnya.ini bukan setakat bangkai tidak bernyawa. ini saudara kita.Aku pon saudara kau. jadi kalau aku beringatkan engkau..jgn lah kau anggap aku ni nak sekolahkan kau depan khalayak ramai.Aku ni tak berniat nak buat sedemikian.

Friday, October 10, 2008

sesuai

dear oni,



aku meniti penjuru lembah

lembah kelam kiasan malam

Thursday, October 09, 2008

Kembali

Dear Oni,

Sembah kelam kiasan malam.


Anyways, you apa khabar?

I nampak you kat TV hari itu. Ingatkan takkan lagi i lihat wajah kesyahduan yang sangat i sayang.


Tapi siapa menyangka...yang tinggal kini ialah kelam kiasan . ..semata

Apa nak buat?

You dalam tv. i di luar tv. itu sahaja.

Kita berdua benar-benar dalam penjara yang amat berbeza.

Namun kita banyak persamaan.

Cuba Oni fikirkan?Ataupun Oni lebih suka membisu?