Friday, November 09, 2012

empat tahun,berkembali

 setiap kali sesuatu itu hilang daripada pandangan... biarpun pudar dari sphera kewujudan maupun lesapan seketika, kita sering tertanya ke mana pergi sesuatu itu.seakan keberadaan itu bukanlah taksiran wujudan, dan kehilangan itu adalah bait pertama sejarah keadaan sesuatu atau seseorang.

apa khabar semua? masih ada yang jenguk lingkaran maya ini.

entah mengapa tergerak hati nak menghembus nafas kembali ke blog rahsia ini.ternyata 4 tahun telah meninggalkan aku begitu sahaja.tapi lebih memeranjat dan ini harus dikaitkan dengan hashtag #fakta ...
"JANGAN PANDANG RENDAH KEPADA SI PENCANGKUL TANAH"

word to your mother.like seriously babe. lagi lagi yang seorang tu ,yang ingat masa depan pengaktivis tanah perkuburan adalah sesuatu yang malap dan tiada masa depan.BETUL, kubur melayu gelap.TAPI  sikap mandiri yang aku ada ini telah membawa pencerahan kepada masa depan dan konsep pemikiran yang aku ada. Keluasan dataran bumi membuat aku bersyukur aku bukanlah ahli yang berkerja dalam pejabat yang sempit ,sehari temanggung masgyhul di kerusi beroda.

"men are not made to be working in cages"

by the way
setahun selepas posting terakhir blog ini, aku telah bernikah dan mendirikan rumah tangga.mahligai manis bagi aku dan isteri ku dan begitu manis lagi apabila diberi zuriat ,cahaya mata.

aku percaya kau tahu mana halatuju perbualan aku buat masa ini.

keluarga.

keluarga membezakan segalanya. mungkin ada takrifan berbeza berkenaan keluarga. namun minda aku ini tidak mahu dipengaruhi oleh andaian orang lain tentang apa itu keluarga. secara zahir memanglah keluarga itu ada susunan kecil masyarakat, mempunyai hiraki anggota. namun apakah itu takrifan sebenar keluarga.

pernakah kau tertanya tentang nilai kekeluargaan yang dilihat pada tahap metafizik,di luar lingkaran 'tinggal di bawah satu bumbung'. pernakah kau menjangkakan bahawa model keluarga itu dapat berfungsi luar daripada konsep pasukan , atau pun kumpulan warga yang ada pertalian.

aku mahu lihat keluarga dari isme kekeluargaan...

tapi aku keliru akan sudut manakah yang patut aku letakkan skema pemikiran,supaya dapat aku menganalisa lebih dalam ruh kekeluargaanah bila aku cakap  pasal ruh. jgn lah kau fikir para arwah yang meninggal dalam keluarga aku.bukan itu.

aku ingin melihat keluarga ... nafas kekeluargaan ...intisari kerohanian yang mungkin wujud dalam kekeluargaan .

mengapa?

kini aku sangat berjauhan dengan keluarga. pada awalnya ,bila aku berkahwin aku diceraikan daripada proximity, atau keakraban fizikal keluarga.bagai contoh: hari ini genap setengah bulan aku tidak melihat ibu bapa aku.

tapi aku menikmati keakraban simbolis... di mana aku dapat mendekatkan diri aku kepada simbol simbol imaginasi ibu bapa aku .. dan dari sana terlahir sedikit sebanyak keakraban

nah..begitu juga dengan keluarga aku..isteri dan anak -anak.apabila aku bercadang untuk ke luar negeri atas tujuan rahsia.....tapi berbalik kepada pangkal cerita/....//, maka yang tinggal pada makna keluarga itu ada simbol-simbol imaginasi... imagery yang hadir dalam fikiran aku.

ibarat seorang dilahirkan tanpa daya penghlihatan dan di letakkan di sebuah penjuru yang jauh...dia masih boleh beroperasi dengan bayangan maksud yang pernah dialami olehnya secara zahir.

natijahnya,masa-masa bersama keluarga itu ada suatu latihan penaksiran simbol.

tak kiralah siapa ahli nya.. yang penting simbol-simbol itu perlu ditangkap ,dimuatkan kedalam minda secara ansuran

aku percaya bahawa setiap kenangan itu ada tarikh luputnya.dan kerana ia sesuatu yang relatif kepada huraian emosi yang kita alami,ia pasti akan berubah.maka jika bayangan/simbol itu tidak kerap dikemaskini maka hilanglah kaitannya di mamah masa.

aku harus mendekati keluargaku dalam masa terdekat

aku rasa kau pun begitu ,oni. aku  percaya ia sudah termaktub ,sama ada kau rela atau tidak.